SINAR KEDAMAIAN

8:26:00 PM / Nurkilan Ofa HS / Pandangan Pelayar (0)

Bagaikan sejuta cahaya melimpahi ruangan maya
Indah sinarnya terpancar dari wajah yang penuh ceria
Terdengar senda dan ketawa menyingkirkan resah dan duka
Terbias kasih dan sayangnya dalam senyum setiap hamba

Lupakan kisah yang dulu lara
Semalam yang sengsara
Tangisan kecewa

Dia maha memelihara
Sentiasa bersama
Setiap hambanya

Jangan pernah engkau ragui
Pada janji dan rahmatnya

Di sini berhimpun hati yang penuh redha
Di dalam suasana penuh ketenangan
Hapuslah semua sendu dan airmata
Dihiasi senyuman penuh kesyukuran

Di sini bertemu hati yang penuh cinta
Bersatu dalam rasa penuh kedamaian
Tiada lagi tersimpan dendam dan sengketa
Diusir keramah penuh kemesraan

Bahagia jalinan hati
Di dalam rahmat Ilahi

Label:

IKHLAS DARIKU

8:33:00 PM / Nurkilan Ofa HS / Pandangan Pelayar (0)



Aku bukan
seperti engkau sangkakan
pura-pura di dalam berjuang

Aku tidak pandai
menyulam rahsia
juga tak pandai
bermadah pujangga
jika ada benci di hati

Katakanlah padaku..
relaku terima walau kutukan
asalkan aqidah terjaga..
kerana tidak sanggup lagi..
mempermainkan dustur Ilahi..
hakikat hati tak terluka
walau zahirnya ada yang ketawa..

Tuhan,
ku mohonkan keampunan
keterlanjuranyang berulang kali

Teman,
kita patrikan di sini
berakhir sebuah lamunan duniawi
terima syukur taufiq Ilahi..

Label:

CINTA BERPUISI

8:26:00 PM / Nurkilan Ofa HS / Pandangan Pelayar (0)


Cintaku..
Mengapa kau tinggalkan aku..
Tatkala ku memerlukan dakapan hangatmu..
Ku perlu kau sentiasa disisiku..
Menemani aku..


Masih teringat di waktu dulu..
Episod cinta kita bersama..
Kau dan aku bermadu asmara..
Kejinjang pelamin begitu hendaknya..


Kasih sayangmu tiada ganti..
Walaupun telah berjanji mengukir kehidupan bersama..
Apa kan daya..
Jodoh tidak di pihak kita..

Label:

CINTA????

2:01:00 PM / Nurkilan Ofa HS / Pandangan Pelayar (0)


CINTA????Melibatkan diri dalam perhubungan erat yakni dunia percintaan yang lebih ke arah nilai -nilai tersebut ...semuanya adalah plastik atau tiada pengertian cinta hakiki sebenarnya. Cinta tersebut lebih ke arah kepada rangsangan nafsu yang di salah erti kerana perhubungan persahabatan yang rapat dan terbuai oleh dodoian perasaan. Sebab hakikat percintaan yang di benarkan oleh Islam ialah asas daya tarikan kepada kewarakan seseorang yang menjadi tarikan kepada cinta bersyariatkan islam.Kebanyakan persahabatan yang lebih bermotifkan memikat sememangnya lebih ke arah sentimental value yakni lebih kepada pemberian hadiah tidak kira apa jua barangnya...jika tidak berminat masakan nak mengorbankan wang kepada seseorang ....romantik pada dasarnya adalah bukan satu prinsip di dalam islam ....bagaimanakah akan wujudnya hubungan romantik sekiranya mereka tidak berhubungan atas alasan kalau hanyalah melalui asas pendekatan Islam.??Cinta didalam Islam sebenarnya tiada hubungan romantik atau caring atas alasan jika benar benar pencinta pencinta yang memahami corak Islam lebih ke arah menulis peringatan peringatan Allah yang senantiasa takutkan kemurkaan Allah di dalam konteks cara perhubungan walaupun mungkin tidak pernah berdating.... Malah orang yang bercinta di dalam bentuk syariat Islam takut untuk berhubungan secara menulis.......kerana was was dengan keupayaan menahan bentuk luahan hati yang akan menimbulkan zina hati.Malah orang yang benar benar beriman takut untuk berhubungan melalui telefon atau kaedah bercakap yang penuh lemah lembut dalam bentuk hubungan lain seperti chat kerana biasanya kekerapan hubungan percakapan lebih kearah tidak tertapis dan bisa menggoda keimanan dengan rasa rindu dengan suara dan gurauan sehingga akhirnya membuat tautan rasa cinta asmara dana bermula kecuali bagi mereka yang benar benar tidak ada masalah hati..itu pun boleh menjadi satu bentuk perhubungan awalan jika tidak di sekat.Semakin kerap berhubung akan menjadikan semakin rapat perhubungan dan akhirnya tanpa mengimbangkan kewarasan akal dan lebih mementingkan perasaan dan nafsu akhirnya menjerumus kepada kefahaman itulah cinta yang sebenarnya. Kerana atas dasar apa ???...rasa rindu yang amat sangat............sedangkan hakikat rindu yang sebenar ialah rindukan Allah...orang yang beriman dapat menangkis ketahanan rindu apabila asas cinta benar benar berlandaskan iman .Bukankah di dalam Islam sendiri sudah menggaris etika meminang wanita....tetapi anak anak muda dewasa ini lebih suka kepada bercinta dan mencari cinta..........dan mencari masalah di dalam konteks perhubungan cinta dan akhirnya terjebak di dalam lautan cinta yang memabukkan .Cinta berasaskan Islam ialah cintakan kebaikan, keimanan dan keutuhan pendirian kerana ia adalah asas kepada tiang pengukuhan iman di hari depan. Malah cinta di dalam Islam lebih ke arah rasa hormat, malu dengan kewarakan responden kerana itu lah cinta hakiki yang tidak boleh di jual beli. Malah malu untuk berkata-kata di sebalik kata -kata yang tidak sepatutnya.Apabila individu itu benar benar mencintai seseorang itu atas sifat -sifat di dalam diri respondennya.....ia lebih ke arah sifat mengkagumi untuk memilikinya tanpa syak dan was was akan kebaikan, keimanannya dan keutuhan pendirian responden. Jika ia benar benar memahami konteks iman didalam percintaan yang terbina di dalam dirinya, daya tarikan ke arah cabaran cabaran cinta luaran murahan yang mendatang tidak bisa menembusinya. Maka tidak ada dua tiga ke atau empat sikap jatuh cinta di dalam satu masa.Malah masalah samada sayang ke, samada tidak sayang ke......tidak timbul ...kerana asas cinta sebenar ialah keupayaan untuk sama-sama menggembeling meningkatkan iman andaikata terbina ikatan yang di akhiri ukhwah di dalam percintaan iaitu ikatan rumahtangga. Cinta berasaskan Islam dan syariat lebih ke arah memupuk ukhwah islamiyah di dalam pemantapan jasmani dan rohani. Itulah cinta yang sebenar di dalam Islam....bukan seperti sebahagian dari anak anak muda yang tidak memahami konteks percintaan hakiki yang mana terlalu mudah jatuh cinta dengan hanya sekali pandang, dan juga dengan hanya tautan kata -kata.Sememangnya tidak di nafikan kuasa cinta benar benar dapat menguasai respondennya. Ada yang berubah sikap dengan rangsangan cinta....contoh ada yang semakin beriman, semakin baik dan semakin terdidik kerana nasihat dan peringatan oleh orang yang dicintainya. Tetapi adakah rangsangan itu akan terus berkekalan andaikata cinta berpaling arah atau tidak menjadi. Inilah yang dibimbangi kerana rangsangan cinta murahan hanya satu kepura puraan yang tidak berkekalan atas asas tujuan untuk memikat hati .Ada yang jadi baik ..bercakap yang baik baik di depan orang yang dicintainya....almaklumlah yang di cintai itu seorang yang beriman....tetapi bila bercakap dengan kawan kawan lain mulalah membebel entah apa apa kerana asas malu tiada.Sebab itu didalam konteks perhubungan cinta sesama Islam...jika ingin memulakan ikatan cinta itu.....berasaskan cinta yang penuh didikan iman..perhati muamalat responden agar tidak tersalah jatuh di dalam jerat percintaan yang tidak patut....sebab ia lebih ke arah mengheret masalah baru....mungkin akan menjatuhkan ke lembah hina seperti yang terjadi di dalam kes Nur Aisyah Bukhari...semuanya bermula dari kesilapan Nur Aisyah sendiri yakni tidak memerhati, memikir baik baik dan memutuskan apa yang di cintainya itu layak atau tidak untuk di cintai. Sungguhpun di katakan Nur Aisyah sudah terdidik sebelum ini...tetapi iman yang sebenarnya ialah dari asas pendekatan dirinya sendiri... Ilmu yang di pelajarinya sekiranya tidak di amalkan akan menjadi perosak di dalam dirinya maka itulah yang berlaku di dalam diri Nur Aisyah.Begitu juga dengan anak anak muda kita ....bilamana seorang pemuda menyampaikan hasrat cintanya....jangan mudah terusik hati...perhati kan agamanya, kebaikannya......dan segalanya sejak dia belum mengenali kita..maksud sifat asalnya dan muamalat asalnya....kerana jika kita mudah membenarkan hati di lalui ...ia hanya akan membuka peluang kepada kearah ketidak fahaman konsep cinta berasaskan Islam....Uji mereka dulu dengan corak akhlak dan pergaulan yakni jangan membenarkan kita di rapati akan perasaan mereka.....agar menimbulkan keraguan dan was was yang kita tidak menerima cinta mereka. Ini tidak anak anak gadis dan pemuda suka melayan dan melayan dan akhirnya terbuai kata kata asmara yang terbina sendiri dan menimbulkan kerosakan hati di dalam hati hati mereka sendiri. Biarlah di katakan diri kita ego...ego untuk kebaikan yakni menjaga diri untuk mengimbangi antara kewarasan akal dan iman yang akan menjadi benteng dan senjata melumpuhkan pihak lawan...benarkah begitu...sebab bagi perempuan mahupun lelaki yang beriman mempunyai sifat sifat yang konkrit di dalam pendirian mahupun akhlak...bukan kah akhlak yang cantik terbina dari didikan hati naruni iman yang cantik?!!!!!!!Bagi yang memahami dan mengerti apa itu iman, dia tidak ragu ragu untuk terus memiliki perempuan itu dengan jalan terbaik iaitu apa???..tentulah sekali dengan meminang wanita ini....sebab wanita ini bukan calang calang imannya...tentulah terfikir di hati mereka......"Akulah yang paling bertuah andaikata aku berupaya memiliki wanita yang paling payah untuk di kuasai,..kerana apabila di berinya cintanya pada aku...akulah orang yang paling agung dan terhormat di atas pemberiannya itu dengan cara yang di izin dan dihalalkan oleh Islam dan Allah"So kata kata bidalan ....Berkawan biar beribu bercinta biar satu...tidak begitu tepat didalam konteks islam dan patut di tambah...bercinta biarlah untuk teman di akhirat yang di halalkan oleh Islam bersebabkan faktor faktor semua panahan cinta di atas konsep berkawan adalah tidak tepat dan bercanggah di dalam konteks perhubungan di dalam Islam sebab kerana ia hanya boleh menjatuhkan ke arah perhubungan dalam suasana fitnah.Akhir kalam, hanya Jauhari sahaja yang mengenal Manikamnya yakni hanya orang orang yang beriman akan menghargai dan mengagungi keimanan orang yang patut di cintainya kerana hanya orang yang baik baik sahaja yang inginkan sesuatu yang baik....di situ sudah menampakkan penilaiannya.......dimana jodoh yang baik adalah untuk orang yang baik..dan begitu lah sebaliknya. Kerana orang yang tidak baik tidak menyanggupi untuk hidup bersama dengan orang yang baik kecuali dalam dirinya itu adalah mempunyai zat yang baik juga.

Label: