SELAMAT DATANG KALI TERAKHIR

6:00:00 PM / Nurkilan Ofa HS /

Dideklamasikan oleh :Puan Rasmaliza Rashid, pada malam Anugerah Ketua Jabatan dan Malam Pra-Graduan Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi 2009

Setelah kabut kenangan tercorak di halaman seberang
Telah datang azam di gerbang pekenalan
Untuk membawa sebuah perkhabaran tentang
masa, jejak dan peribadi
yang indah lagi terpuji
di dada hari tang di titi

“Selamat datang impian
engkau menghadirkan sebuah peta perjalanan
untuk diredah dan ditatang pengalaman
dengan penuh waspada lagi direncana.”

Semoga apa yang dibentang
pada akal nan terang
Membuahkan sebuah kejayaan
biar penuh kepayahan dengan ungkaian kemelut
diiringi ketabahan yang bertaut

Mengapa tidak kita lakukanBuat kali terakhir sayang-sayang ku;Mungkin kau lupaPuisi itu telah lama tidak kita dengarkanDan lagu itu telah lama tidak daku dendangkanMengapa tidakKita lakukanBuat kali terakhirBukankah telah kita taburkan janjidi setiap penjuru kotaDan telah kita jalinkan persaudaraanselama kita bersamaMengapa tidakBuat kali terakhirKita bersama sekali lagiDengan kata penuh kemesraanMengucapkan salam perpisahan

Menantimu hingga ke hujung pertemuan
Dengan harapan diri pedoman
Mengutip teladan
Dan kini aku bersedia mendayung ke seberang
Dengan dada yang lapang.

Membuai, pelawa mu
Impian. Terakhir.

Label:

0 Pandangan Pelayar:

Post a Comment