Bosan benar hatiku kini dengan segala lagu
Tidak merayu mendayu
Bagaikan siul jiwa mendesak perindu
Mencari hentian tiada tentu yakninya
Hari ini aku ingin menjadi si pecinta?
Membakar jiwamu dengan henyak
Mengekal kata dan bahasa
Menukar lemah makna menjadi geledak bara.
Aku benar mahu menjadi sang pecinta
Beraikan bahasa penjajah
Kelarkan kata pengkhianat
Jadi melayu tidak akan lupa.
0 Pandangan Pelayar:
Post a Comment